Sabtu, 6 Ogos 2016

MENYEMAI LAGI.

Aku mencuba lagi. 


          Setelah mencuba beberapa kali dan tidak mencapai apa yang di hajati. Bukan bererti aku putus semangat. Ada beberapa rintangan yang telah di kenal pasti yang membuatkan aku kurang berjaya.
  • tidak berbuah - di sebabkan benih yang kurang baik.
  • menggunakan baja yang tidak sesuai.
  • kemalasan menyiram
  • bebarapa perhatian yang mesti di ambil kira dlm penamanan pokok sayur ini.

masih menggunakan teknik lama.
      Walau pun aku tidak dapat menyusun biji benih ini dengan baik tapi aku cuba menjarakkan diantara benih satu dengan yang lain agar mudah di alihkan nanti.

Menggunakan tanah yang lama.

     Aku cuba menjimatkan kos kerana percubaan yang sebelum ini  menggunakan kos yang besar. PENJIMATAN AMAT PERLU KERANA PULANGANNYA BELUM TENTU BERHASIL.

Hanya benih saja aku beli.


         Sebelum  ini benih aku ambil di kebun dari pokok cili yang tumbuh liar. Kali ini aku membelinya dengan harga RM2.12. Dulu pun aku pernah membelinya tetapi ia tidak tumbuh dengan sempurna. Aku perlu  mengambil perhatian yang serius kerana aku berhasrat tidak mahu gagal lagi.

Tanda yang lama.

        Memakai tanda yang lama hanya menukar tarikh pada hari ini sahaja. Bagi aku tanda ini perlu untuk melihat perkembangannya.

Tetap juga mencuba TOMATO.

             Dulu pokok tomato hidup subur tetapi tidak berbuah. Dalam hal penyemaian dan pengalihan aku rasa aku sudah berjaya menaman pokok tomato tetapi dalam urusan penyiram dan menggalakkan pertumbuhan dahan dan buah aku masih kurang berjaya.

         Gagalnya dulu kerana tidak berdisplin dalam hal menyiraman.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan