Sabtu, 30 April 2016

MERACUN RUMPUT.

Aktiviti meracun masih lagi aku lakukan.
Aku malu pada diri ku sendiri kerana kebun yang dulunya terang dan tidak semak kini sudah menjadi hutan. Terlalu lama aku tidak melakukan aktiviti meracun rumput di kebun.

Aku lupa memberi seruan kepada pokok dan hasil tani. Aku hanya berharap mendapat hasil yang lumayan tetapi tidak berusaha utk  berjaya mendapatkan hasil yang berlipat ganda.

Aku duduk dalam selimut dan berangan di rumah baru ku. Ini adalah sifat yang semestinya di buang. Fikiran ku yang selalu memikirkan tentang ayat alquran ini aku lupakan.



Hai orang yang berkemul (berselimut),يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ1
bangunlah, lalu berilah peringatan!قُمْ فَأَنْذِرْ2
dan Tuhanmu agungkanlah,وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ3
dan pakaianmu bersihkanlah,وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ4
dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah,وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ5
dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.وَلا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ6
Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ7

SURAT 74. AL MUDDATSTSIR (Orang yang berkemul)ayat 1-7.

Aku akan terus berusaha meminta pada allah.





Ya Ingatkan aku tentang aktiviti utk menambah hasil bumi mu.

Aku perlu berusaha walau pun tidak cukup masa.
dimanakah Kejayaan?









Tiada ulasan:

Catat Ulasan