Sabtu, 6 Ogos 2016

MENYEMAI LAGI.

Aku mencuba lagi. 


          Setelah mencuba beberapa kali dan tidak mencapai apa yang di hajati. Bukan bererti aku putus semangat. Ada beberapa rintangan yang telah di kenal pasti yang membuatkan aku kurang berjaya.
  • tidak berbuah - di sebabkan benih yang kurang baik.
  • menggunakan baja yang tidak sesuai.
  • kemalasan menyiram
  • bebarapa perhatian yang mesti di ambil kira dlm penamanan pokok sayur ini.

masih menggunakan teknik lama.
      Walau pun aku tidak dapat menyusun biji benih ini dengan baik tapi aku cuba menjarakkan diantara benih satu dengan yang lain agar mudah di alihkan nanti.

Menggunakan tanah yang lama.

     Aku cuba menjimatkan kos kerana percubaan yang sebelum ini  menggunakan kos yang besar. PENJIMATAN AMAT PERLU KERANA PULANGANNYA BELUM TENTU BERHASIL.

Hanya benih saja aku beli.


         Sebelum  ini benih aku ambil di kebun dari pokok cili yang tumbuh liar. Kali ini aku membelinya dengan harga RM2.12. Dulu pun aku pernah membelinya tetapi ia tidak tumbuh dengan sempurna. Aku perlu  mengambil perhatian yang serius kerana aku berhasrat tidak mahu gagal lagi.

Tanda yang lama.

        Memakai tanda yang lama hanya menukar tarikh pada hari ini sahaja. Bagi aku tanda ini perlu untuk melihat perkembangannya.

Tetap juga mencuba TOMATO.

             Dulu pokok tomato hidup subur tetapi tidak berbuah. Dalam hal penyemaian dan pengalihan aku rasa aku sudah berjaya menaman pokok tomato tetapi dalam urusan penyiram dan menggalakkan pertumbuhan dahan dan buah aku masih kurang berjaya.

         Gagalnya dulu kerana tidak berdisplin dalam hal menyiraman.












Jumaat, 1 Julai 2016

AKU PEMERHATI BUNGA ROS.

AKU HANYA MENOLONG MENYIRAM DI WAKTU BALIK KERJA DAN HARI-HARI YANG LAPANG DAN TERDORONG OLEH GERAK HATI.
BUKAN KERJA YANG BERJADUAL.

hasil nya juga memuaskan.

kalau usaha pasti berjaya.

waktu mekar nya bunga ros.
semua ini menghiburkan.
melupakan kesulitan dunia.
terkadang terbisik tuhan yang menjadikan bermacam atas dunia ini.
cuma syukur apa yang Allah beri.


sayang tapi fitrah nya sebegitu.
ada masa mekar segar.
sampai masanya layu dan kendur.

Hari ini aku menonton vedio di youtube. Aku pelajari cara membiakkannya. di tamankan di dalam hati supaya usaha ini ade dan berjaya. Dan ade ruang waktu untuk memulakan nya.


Selasa, 3 Mei 2016

Tanam Pokok Sawit.

Dalam kesibukkan meracun rumput dan mengepam air dari longkang. Dapat juga aku menanam sulam pokok sawit dimana pokok asalnya sudah tumbang.

Ada dua lagi anak pokok yang hendak ditaman. Tempat yang hendak di tanam pun sudah di kenal pasti hanya menunggu rumput di sekitar nya mati dan kawan yang hendak ditanam itu terang dari rumput-rumput liar.

Semoga usaha aku berjaya.

Pokok asalnya sudah lama tumbang.

Dari sudut pandang arah yang lain. Pokok yang sama.

Aku tetap berusaha demi keredhaan tuhan.
Takut jadi sombong dan bongkak.

7hb Mei. 2016 (sabtu)

Lagi pokok sawit di tanam. Dalam kesibukan mercun rumput.
Aku tidak mahu gagal.

Ini juga sempadan Si Lan bhg tengah.

Bahagian depan seberang sungai sempadan Si Lan.


Ada beberapa pokok yang telah lama aku semai. Tetapi terbiar begitu saje. Dan kini habis sudah aku tanam.
Dengan harapan ia cepat berbuah dan berhasil.

Isnin, 2 Mei 2016

tomato.


Projek baru. Baru mula nak mencuba hendak menamana pokok tomato.

Lihat macam boleh hidup subur.
tanah bawah dalam pasu menggunakan tanh dari  tapak perun sampah.

telah di siapkan didalam pasu.

tanah dari reputan najis lembu.

tanah liat biasa yang lama dari pasu yg telah di tukar tanah nya.

Tapak semaian yang pertama dulu.

siap tanam. belum di lebal.

Pasu baru telah di beli sebanayak 25 biji.

modal tanah dan pasu.

modal pasu.

modal tanah.

Semalam aku baru sempat melebel pokok-pokok tomato yang telah seminggu lebih aku tanam.
Di lihat secara sambil lalu aje nampak macam pokok itu boleh hidup tanpa ganggu serangga atau pun penyakit pokok.






Semua ini aku usahakan secara masa yang terluang sahaja.





Sabtu, 30 April 2016

MERACUN RUMPUT.

Aktiviti meracun masih lagi aku lakukan.
Aku malu pada diri ku sendiri kerana kebun yang dulunya terang dan tidak semak kini sudah menjadi hutan. Terlalu lama aku tidak melakukan aktiviti meracun rumput di kebun.

Aku lupa memberi seruan kepada pokok dan hasil tani. Aku hanya berharap mendapat hasil yang lumayan tetapi tidak berusaha utk  berjaya mendapatkan hasil yang berlipat ganda.

Aku duduk dalam selimut dan berangan di rumah baru ku. Ini adalah sifat yang semestinya di buang. Fikiran ku yang selalu memikirkan tentang ayat alquran ini aku lupakan.



Hai orang yang berkemul (berselimut),يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ1
bangunlah, lalu berilah peringatan!قُمْ فَأَنْذِرْ2
dan Tuhanmu agungkanlah,وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ3
dan pakaianmu bersihkanlah,وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ4
dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah,وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ5
dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.وَلا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ6
Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.وَلِرَبِّكَ فَاصْبِرْ7

SURAT 74. AL MUDDATSTSIR (Orang yang berkemul)ayat 1-7.

Aku akan terus berusaha meminta pada allah.





Ya Ingatkan aku tentang aktiviti utk menambah hasil bumi mu.

Aku perlu berusaha walau pun tidak cukup masa.
dimanakah Kejayaan?









Jumaat, 15 April 2016

MINGGU MERACUN RUMPUT.

Setelah sekian lama aku tidak meracun rumput di kebun. Aktiviti ini di mulakan semula.
Walau pun cuaca sekejap terang dan sekejap gelap aku masih lagi meneruskannya. Selah hampir jam 2.50ptg hujan tidak juga turun. Semoga rumput-rumput yang aku siram dgn racun itu boleh mati.

Ya hayun ya qayyum. Aku  berserah kerana dia yang menghidup dan mematikan. Walau bagaimana usaha pun kalau Allah azzawajala tidak mengkehendaki ia tetap tidak berjaya. Kita hendaklah sentiasa meminta kepadanya.
Kasan depan kebun jalan telok mengkuang.
Kawasan depan kebun jalan Telok Mengkuang. 


Buah nya juga kurang kerana tiada baja
dari racun Round-up di gunakan.
Aku ingin menjadikan gambar-gambar ini menjadi peringatan di masa-masa yang akan datang.

Rumput kelihatan jarang-jarang.
 tapi aku masih lagi tidak berpuas dengan
keadaan sebegini.
Aktiviti ini lah yang harus di lakukan kerana menjadi badan sehat.

Selasa, 12 April 2016

Semaian Tersusun.

Di masa-masa yang lalu aku membuat semaian secara di taburkan sahaja biji benih yang di ambil dari buah yang ranum. Tetapi kali ini aku cuba menyusun biji benih tersebut.
Kali ini juga aku membeli benih dlm plastik yg berada di pasaran.
benih tomato ini telah di beri percuma oleh kedai chat bt 10. kerana banyak membeli tanah dan racun rumput.

gunakan sedikit tanah reputan tahi lembu.

benih ini di beli di tesco kelang pada bulan feb.

mula menyusun benih agar senang di alihkan nanti.

sama beli dgn diatas.

lebih tersusun

benih dari pokok sendiri.

ini lah tersusun. dan buat dgn cermat.

sama juga.







Hari hari yang indah kerana cuti sakit 2 hari dan membuat kerja utk persedia utk pencen.

Isnin, 4 April 2016

TANAH DARI REPUTAN TAHI LEMBU LAMA.

Uji kaji menggunakan tanah dari reputan tahi lembu lama yang dia ambil dari kebun Ucu lan. Telah di gunakan utk menanam anak cili api.

F - 7

F - 13

F - 11

F - 1

F - 10

F - 8

F - 12

F - 5

F - 4

F - 2

F - 3

F - 9

F - 6

Tanah dari reputan tahi lembu.

Tanah Baja yg di beli sebanyak 6 beg. @rm3.50. 6 beg RM20.


Aku akan terus berusaha dengan berbagai cara.